Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?
- Penglibatan murid secara aktif dan selamat
- Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
- Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
Kecergasan
- Konsep tunjang ini menitik beratkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
- Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.
Kecergasan Fizikal
Koordinasi
- Imbangan
- Ketangkasan
- Kuasa
- Masa Respons
- Kepantasan
Berasaskan pelakuan motor
- Berasaskan kesihatan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan Otot
- Kekuatan
- Kelenturan
- Komposisi badan
Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi
Kesukanan
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.
No comments:
Post a Comment